Monday 17 June 2013

Tun Dr M : Dua Jawatan Tertinggi UMNO Tak Perlu Dipertandingkan ?

Legendary statesmen, Tun Dr. Mahathir Mohamad
"PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini. 

Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu. 

"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi. 

"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden. 

"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan," katanya pada sidang media di sini, Isnin. "

Saya petik berita ini cuma separuh je. Sebab bahagian seterusnya adalah lebih menceritakan tentang pelancaran buku "The Prisoners Diaries" oleh Viva Palestina.

Apa yang saya nak ulas mudah je.

Bagi sesetengah pemimpin UMNO yang lantang menyuarakan tentang 'keterbukaan', 'demokrasi' dan 'ketelusan' tapi sebenarnya tengah menggigil lutut takut ditolak oleh ahli UMNO pada Pemilihan Agung UMNO yang akan datang, sudah pasti melompat riang gembira apabila mendengar kata - kata Tun, yang seolah - olah memihak kepada mereka.

Begitu juga kepada UMNOPutra yang berkepentingan dan bergantung harap dengan Ahli MT yang ada sekarang untuk kelansungan hidup mereka sebagai elitis bangsawan.

Apa yang saya nampak ;

1. Tun Dr. M merasakan ada diantara politician tua yang bertaraf deadwood masih lagi mempunyai sikap tidak matang, iaitu apabila kalah merentan berguling - guling dan kemudiannya keluar tubuh parti baru sebab tak puas hati kalah dalam pemilihan.



2. Perbuatan ini telah berlaku sekali sewaktu zaman Tun dahulu, dan kelihatannya ada khabar-khabar angin yang menyebabkan Tun khuatir ianya berlaku sekali lagi. Ini kerana watak yang melakonkan bahagian I dalam kes 'asal kalah je terus tubuh parti baru' sudah pun kembali.

3. Pada hemat saya, Tun bukanlah mengatakan yang tidak perlu ada pertandingan di jawatan tertinggi, tapi sekiranya Ahli UMNO dan juga pemimpinnya tidak boleh bersikap matang dalam menerima keputusan Pemilihan kali ini, maka eloklah ditiadakan pertandingan tersebut kerana dikhuatiri, daripada berpecah kepada 3, orang Melayu akan berpecah kepada berapa barisan pun tak taulah.

4. Kerana itu, Tun berkata, "Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan," katanya pada sidang media di sini, Isnin. Bagi yang membaca sejarah, kita pasti akan teringat tentang kejadian ini.

5. Tanpa pemilihan secara demokrasi dalam UMNO, maka apa yang Najib katakan selama ini hanyalah retorik semata. Najib akan dilihat sebagai pengecut, lembik dan takut dengan bayang - bayang sendiri jika dia bersetuju dengan saranan 'no contest' ini dari pengampu-pengampu UMNOPutra.

6. Ahli UMNO seharusnya menjadi lebih matang dalam memilih pemimpin. Gunakan akal yang rasional. Tinggalkan nostalgia, dan jadikan sejarah sebagai panduan dalam memilih Presiden dan Timbalan Presiden. Nostalgia akan menyebabkan kita rugi. Pemimpin UMNO sekarang tidak seperti Pemimpin UMNO dulu. Hiduplah dengan realiti tahun 2013, bukan realiti tahun 1970.

7. Memilih pemimpin UMNO adalah seperti menentukan survival bangsa Melayu. Kita akan dipandang bangsat sekiranya perkara seperti 'no contest' berlaku. Kita memerlukan pemimpin yang berani dan bijak dalam mencatur masa depan bangsa Melayu yang banyak ketinggalan kerana sikap kita yang terlalu sukar untuk berubah dari zon selesa. Bangsa Melayu seharusnya 'speak up louder', dan kita mulakan dengan bercakap dengan pemimpin sedia ada.

8. Macam manapun, Najib vs Ku Li adalah satu pertandingan yang tidak menguntungkan ahli UMNO yang marhaen. Kerana kedua-duanya anak bangsawan yang tidak mengerti susah senang orang - orang di jalanan. Mereka boleh afford bermain wayang kulit, kerana kosnya ditanggung orang Melayu marhaen seperti kita.

9. Sudah - sudahlah meletakkan anak bangsawan sebagai pemimpin. Tun Dr. Mahathir bukan anak bangsawan, kerana itu beliau sedar akan realiti rakyat jelata. Kerana itu beliau bersungguh ingin mengubah nasib anak bangsa. Kerana beliau bukan anak bangsawan, beliau datang dari golongan seperti kita - kita.

10. Diharapkan, ahli UMNO jangan pula mengkhianati orang Melayu dengan memilih pemimpin yang terlalu takut untuk memperjuangkan orang Melayu. Atau kuat merajuk. Atau lembab sehingga nak berfikir sendiri pun tak boleh, maka perlu pula melantik con-sultans dan con-setan. PAU kali ini adalah peluang UMNO untuk berubah daripada dimiliki elitis bangsawan UMNOPutra, kepada dimiliki oleh orang Melayu.

11. Cukup - cukuplah UMNO dibangsatkan. Cukup - cukuplah UMNO dipimpin oleh golongan elitis bangsawan yang penakut dan selalu kegagalan.

12. Bangunlah dari tidur, wahai ahli UMNO !

No comments:

Post a Comment