Tuesday 21 May 2013

Tazkirah Revolusi Minda : Mengapa Melayu Mundur ? Part 1

Tazkirah Revolusi Minda : Mengapa Melayu Mundur ? Part 1

Well. The General Election has ended. But not for the Malays. It seems like the Malays are more and more dedicated in channelling their energy to fight for political dominance, although the Malays politicians are already start their tasks as the newly elected Mentri and Mentri Besar.



Masih lagi aku tak faham kenapa orang Melayu masih bersemangat bercakaran pasal fahaman politik masing - masing. Bukan ke lebih baik kalau kita sesama Melayu ni berenti bercakar pasal politik dan kembali kepada kehidupan mencari rezeki ? Ataupun yang terlebih baik lagi bila kita gunakan tenaga dan enthusiasm yang kita beri kepada isu politik tu, salurkan kepada penjanaan pendapatan yang boleh memperbaiki ekonomi keluarga. Jadi takdelah orang Melayu ni dipandang muka tunggu subsidi kerajaan,kan ?

As everyone can see, the Malays, although the majority race in Malaysia, are still lagging behind in too many aspects. For me, as a Malay myself, I can outline a few problems that are needed to be tackled aggresively by the Malay community in order to strengthen itself and empower the next generations. Tapi jangan ada pulak yang nak melabel aku ni racist ke, apa ke sebab ni pandangan aku sebagai seorang Melayu tentang bangsa aku sendiri. Tak perlu terima atau ikut, sekiranya point yang aku gariskan ni tak boleh nak difikirkan dengan matang dan fikiran yang terbuka. Zaman nak jadi orang kolot dan emosional tu abad lepas punya cerita.

Masalahnya dengan bangsa Melayu ialah :

1. Kurang minat membaca -Ini adalah antara punca kepada permasalahan yang membelenggu orang - orang Melayu hari ni. Kemalasan orang - orang Melayu membaca bahan - bahan ilmiah telah berjaya membantu meningkatkan populasi Melayu yang bangang dan mudah tertipu. Disebabkan kurang membaca bahan - bahan ilmiah yang berkualiti, maka komuniti Melayu secara majoritinya mudah tertipu kerana tidak dapat membezakan kualiti sesuatu artikel, sehinggakan artikel yang sampah dan penuh temberang diangkat dan dijunjung sebagai artikel yang sahih dan benar, dan informasi yang tepat dan penuh fakta serta bukti diketepikan, terutama apabila penulisan tersebut kelihatan menghentam norma pemikiran kolot orang Melayu, atau yang mendedahkan kelemahan bangsa Melayu tu sendiri. Pendek kata, kalau artikel tersebut mengkritik orang Melayu dengan cara yang konstruktif, kebanyakan orang Melayu akan mengenepikan isi kandungannya kerana ianya dipengaruhi oleh emosi yang mengatasi kerasionalan pemikiran.

2. Sangat berdengki dan iri hati terhadap bangsa sendiri - Ini adalah masalah mental yang dihidapi oleh orang - orang Melayu sejak dari zaman tuk nenek mereka sendiri. Tak kiralah sama ada mereka ni bergelar Melayu Tradisional, Melayu NEP, Melayu Bumiputera, Melayu Baru, Melayu Pakatan Rakyat, Melayu UMNO, Melayu PERKASA atau pun Melayu Mudah Lupa, adalah sangat sukar untuk menghakis sifat berdengki sesama sendiri dan iri hati negatif dari jiwa yang bergelar Melayu. Majoritinya sangat suka menjaga tepi kain orang (dengan alasan kita kena amek tau hal jiran sebelah) walaupun kain sendiri koyaknya dah boleh dibuat roti kirai. Malang sekali bangsa Melayu kerana sifat ini memancung terus kemajuan yang bakal dinikmati kerana setiap kali ada anak bangsa kita yang berjaya, maka secara automatiknya pelbagai fitnah dilemparkan untuk memastikan Melayu yang berjaya tadi terlungkup dengan begitu teruk. Sudahlah fitnah ditabur, ada pulak syaitan - syaitan yang direjam bersekongkol menjadi penyebar fitnah tanpa tahu pun sumber informasi tersebut sahih ke tak. Tak percaya ? Pegi bukak Facebook dan saksikan sendiri.

3. Tidak suka mengaji dan mengkaji - Kelemahan ini sangat ketara kelihatan apabila orang - orang Melayu kelihatannya sangat bangang, terutama bila musim pilihanraya. Dengan caci maki, fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh dan memburukkan sesama bangsa, nampak sangat orang Melayu ni kurang mengkaji. Kalaulah masa yang diperuntukkan untuk mencaci maki dan memfitnah orang tu digunakan untuk mengkaji kebenaran sesuatu maklumat, aku pasti yang orang Melayu takkan mudah tertipu dengan janji-janji manis yang tak masuk akal. Kemalasan mengaji juga menyebabkan orang Melayu dah lupakan hukum-hakam agama, sampai ada yang berlagak Tuhan menjanjikan syurga-neraka dan menentukan siapa kafir siapa tidak, seolah - olah agama Islam itu mereka yang cipta. Betul juga kata Iblis "Sejahat- jahat aku tak pernah aku berani untuk mengaku yang aku Tuhan, tapi manusia berani betul berlagak macam Tuhan"

4. Malas, apologetik, dan berminda "aku mangsa yang dizalimi" - Ini memang sikap Melayu yang sangat ketara pada zaman sekarang. Malas berusaha dan malas bekerja kuat menjadikan ramai orang Melayu bercita -cita bekerja sebagai Penjawat Awam, dari berusaha menjadi peniaga atau bekerja di sektor swasta yang lebih berpressure tinggi. Tak pernah lagi aku jumpa orang Melayu yang bekerja jadi Penjawat Awam melainkan dengan alasan "kerja tu secure" atau "senang nanti nak buat loan" ataupun "kerja government hujung minggu cuti dah tetap, hujung bulan gaji dah konfem ada". Jangan cakap bohong la kalau korang mintak kerja Government takde niat macam tu. Tidaklah aku nak kata Penjawat Awam tu pemalas, tapi majoriti yang mintak kerja sebagai Penjawat Awam ni berminda kemalasan. Nak argue ? Boleh. Kemukakan bukti seorang Penjawat Awam yang prestasi kerjanya sama macam orang yang kerja di private sector. Tak perlu nak berhujah dengan hujah yang dangkal. Kasik evidence terus. Sifat apologetik orang Melayu pulak disebabkan oleh pendidikan minda yang diajar oleh orang tua kita secara zaman berzaman. Sikap apologetik merupakan sikap yang baik namun akibat dari 'terlebih apologetik' menyebabkan orang Melayu terus dipijak oleh bangsa imigran, tidak kira dimana mereka berada. Seharusnya sikap apologetik ni dicomplement dengan sikap "mahu menang, mesti menang' supaya dapat pula orang Melayu bergerak kehadapan tanpa perlu takut tentang risiko. Minda "aku mangsa yang dizalimi" ni pulak merupakan escapism terbaik yang pernah dicipta oleh umat Melayu dan ianya diperkembangkan selepas zaman penjajahan melalui cerita - cerita sedih penuh emosi tapi takde pengajaran. Orang Melayu cukup suka melabel diri mereka dengan pelbagai label yang penuh emosi, walaupun kesilapan tersebut berasal dari orang Melayu sendiri. Kegagalan mereka untuk memperbaiki taraf ekonomi akibat dari kemalasan berusaha dan takutnya menghadapi cabaran tidak diatasi dengan cara memperbaiki kelemahan, tetapi diatasi dengan cara menuding jari kepada pemerintah yang dikatakan tidak membantu. Kegagalan mereka dalam menerajui sesuatu bidang pula sentiasa dikaitkan dengan kata - kata seperti 'kronisme', 'kabel', 'rasuah' dan sebagainya, sedangkan mereka tidak sedar yang kegagalan tersebut berakar dari satu sikap dan satu sifat, iaitu 'DENGKI' dan 'IRIHATI'.

5. Tidak ada keyakinan diri terhadap diri sendiri dan bangsa Melayu - Kebanyakan Melayu tidak mempunyai self-esteem yang tinggi. Ini terbukti apabila kita memasuki kedai Cina, siapa saja yang duduk dibelakang kaunter cashier kita akan panggil "Tauke" atau "Boss" (walaupun sebenarnya kitalah yang boss sebab kita yang bagi dia duit) tetapi bila kita masuk kedai Melayu, tak pernah pulak kita panggil orang yang duduk jadi cashier tu sebagai "Tauke" atau "Boss" (walaupun memang dia tu tuan punya kedai). Kita selalu menganggap yang bangsa kita cuma layak menjadi pekerja dan kuli kepada bangsa imigran, dan kita sangat jarang membina self-esteem terhadap bangsa kita sendiri. Dalam masa yang sama, kita turut tidak berpuas hati dan sering menanyakan soalan "Kenapa bangsa lain boleh maju. tapi bangsa Melayu makin mundur ?" Soalan bodoh tersebut dah ade jawapan yang terpampang depan mata. Tinggal yang bangang je yang tak nampak.

Ini 5 perkara yang aku nampak membelenggu bangsa Melayu dari zaman tuk kaduk sampai la zaman Tuk Jib. Ada banyak lagi kepincangan - kepincangan yang ada pada bangsa kita yang aku rasa dah tiba masa untuk kita akui dan ubah. Tak perlu kita nak suruh orang lain ubah atau kerajaan ubah. Sebab benda yang paling susah untuk orang Melayu buat adalah 'BERUBAH'. Bukan ubah kerajaan tau. Aku pasti kalau posting aku ni dibaca orang Melayu ianya akan menghasilkan reaksi yang bercampur - campur. Dan akan aku tulis banyak lagi, bukan kerana aku bencikan Melayu, tetapi kerana aku seorang Melayu. Cuma tak boleh la nak tulis panjang - panjang dalam satu posting, sebab macam aku kata kan tadi, orang Melayu MALAS MEMBACA.

Cita - cita aku adalah untuk melihat yang pada satu hari nanti, orang Melayu akan berbangga apabila menyebut "SAYA ORANG MELAYU DARI MALAYSIA" sebagaimana orang Rom berbangga apabila menyebut "I AM A ROMAN FROM ROME".

No comments:

Post a Comment