Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan Al - Mubarak 1434 H

credit to ramadhan2013.blogspot.com
Alhamdulillah, berjumpa juga kita dengan Ramadhan 1434 H.

Semoga dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan di masa hadapan.

Peringatan kepada saudara / saudari Muslim semua :


  • Elakkan membazir, terutama ketika berbelanja di bazar Ramadhan
  • Banyakkan bersabar
  • Banyakkan berzikir dan bermuhasabah
  • Mulakan transformasi untuk menjadi Muslim sejati
  • Bagi perokok tegar seperti saya, training sebulan untuk kurangkan / berenti merokok terus
  • Hindarkan maksiat mata, hati, akal, bicara
  • Kurangkan politik, banyakkan qiyamullail
  • Standby tukar duit raya awal - awal kat Bank ye.
Akhir kata, saya mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, terkurang bicara.

Sunday 23 June 2013

Hina Nabi : Siapa Salah ?

Ini bukan racist, ini demokrasi. Yang racist cuma bila Utusan Melayu yang buat.
Sebagai contoh bila Utusan bertanya "Apa lagi Cina mahu ?" Itu racist.
Bila Sin Chew Jit Poh terbitkan kartun macam ni, ini demokrasi 1 Malaysia. Paham ?
Apa kena mengena kartun ni dengan hina Nabi ?
Baca posting ni hingga akhir part III dan pelan - pelan pikirkan !
Hina Nabi : Siapa salah ?

Sekarang ni kita lihat gejala menghina Nabi dan Islam semakin jadi terbuka dan berleluasa di laman FB, Twitter atau apa saja laman yang boleh menyuarakan pendapat dan baling batu sembunyi tangan. Kenapa dan mengapa ni berlaku secara menjadi - jadi sekarang ni, tak dapat la dipastikan secara sahih. Yang pasti, saya ada beberapa pemerhatian yang mungkin boleh jadi sebab. Ni bukan la artikel menghasut atau bersifat perkauman. Sila perhalusi dengan akal yang bijaksana, bukan akalnya sang babi. Suka baca, tak suka berambus. Ni demokrasi dan kebebasan bersuara. Hak orang Malaysia.

Tuesday 18 June 2013

Siapa kata ini blog politik ?


Hahaha..hari ni kita santai aje. Saya tak larat nak menulis pasal politik. Sebab nengokkan gaya politik Malaysia dah jadi tah hape-hape. Lagi pun saya bukan blogger tersohor pemerhati politik. CyberTroopers BN jauh sekali. Belum lagi dapat projek juta - juta dari BNBCT.

Apa yang saya tulis kat sini adalah opinion saya sendiri. Kalau rasa boleh pakai, silakan. Kalau tak boleh, tinggalkan. Tak perlu caci maki yang menunjukkan kadar intelek rendah terlampau. Apa yang pasti, sebagai orang Melayu Malaysia, saya berhak untuk bersuara menegur bangsa Melayu dan juga bangsa Malaysia. Terpulang pada tuan yang empunya diri untuk "menggunakan akal" mereka.

Anyway, jangan keliru. Ini bukan blog politik. Ini blog opinion.

Chargas !

Monday 17 June 2013

Tun Dr M : Dua Jawatan Tertinggi UMNO Tak Perlu Dipertandingkan ?

Legendary statesmen, Tun Dr. Mahathir Mohamad
"PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini. 

Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu. 

"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi. 

"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden. 

"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan," katanya pada sidang media di sini, Isnin. "

Saya petik berita ini cuma separuh je. Sebab bahagian seterusnya adalah lebih menceritakan tentang pelancaran buku "The Prisoners Diaries" oleh Viva Palestina.

Apa yang saya nak ulas mudah je.

Bagi sesetengah pemimpin UMNO yang lantang menyuarakan tentang 'keterbukaan', 'demokrasi' dan 'ketelusan' tapi sebenarnya tengah menggigil lutut takut ditolak oleh ahli UMNO pada Pemilihan Agung UMNO yang akan datang, sudah pasti melompat riang gembira apabila mendengar kata - kata Tun, yang seolah - olah memihak kepada mereka.

Begitu juga kepada UMNOPutra yang berkepentingan dan bergantung harap dengan Ahli MT yang ada sekarang untuk kelansungan hidup mereka sebagai elitis bangsawan.

Apa yang saya nampak ;

1. Tun Dr. M merasakan ada diantara politician tua yang bertaraf deadwood masih lagi mempunyai sikap tidak matang, iaitu apabila kalah merentan berguling - guling dan kemudiannya keluar tubuh parti baru sebab tak puas hati kalah dalam pemilihan.

Tuesday 21 May 2013

Tazkirah Revolusi Minda : Mengapa Melayu Mundur ? Part 1

Tazkirah Revolusi Minda : Mengapa Melayu Mundur ? Part 1

Well. The General Election has ended. But not for the Malays. It seems like the Malays are more and more dedicated in channelling their energy to fight for political dominance, although the Malays politicians are already start their tasks as the newly elected Mentri and Mentri Besar.