Sunday 23 June 2013

Hina Nabi : Siapa Salah ?

Ini bukan racist, ini demokrasi. Yang racist cuma bila Utusan Melayu yang buat.
Sebagai contoh bila Utusan bertanya "Apa lagi Cina mahu ?" Itu racist.
Bila Sin Chew Jit Poh terbitkan kartun macam ni, ini demokrasi 1 Malaysia. Paham ?
Apa kena mengena kartun ni dengan hina Nabi ?
Baca posting ni hingga akhir part III dan pelan - pelan pikirkan !
Hina Nabi : Siapa salah ?

Sekarang ni kita lihat gejala menghina Nabi dan Islam semakin jadi terbuka dan berleluasa di laman FB, Twitter atau apa saja laman yang boleh menyuarakan pendapat dan baling batu sembunyi tangan. Kenapa dan mengapa ni berlaku secara menjadi - jadi sekarang ni, tak dapat la dipastikan secara sahih. Yang pasti, saya ada beberapa pemerhatian yang mungkin boleh jadi sebab. Ni bukan la artikel menghasut atau bersifat perkauman. Sila perhalusi dengan akal yang bijaksana, bukan akalnya sang babi. Suka baca, tak suka berambus. Ni demokrasi dan kebebasan bersuara. Hak orang Malaysia.
Perpecahan Melayu

Salah satu sebab kenapa gejala hina Nabi meningkat sekarang ni adalah disebabkan keruntuhan semangat kesatuan Melayu yang menjadi tunggak kekuatan bangsa. Bangsa Melayu sudah berpecah dan berpuak - puak tak kiralah berasaskan semangat kenegerian atau ideologi politik sempit, menyebabkan amanah Melayu tidak dapat dipegang dengan baik.

Dengan posisi sebagai bangsa majoriti di Malaysia, Melayu seharusnya menjadi tunggak negara dan suara penekan. Tetapi apa yang berlaku, Melayu hanya lah melukut di tepi gantang, hasil dari kebodohan mereka sendiri. Mereka terlalu bodoh untuk berfikir secara rasional dan mengkaji letak duduk sesuatu perkara. Mereka lebih gemarkan untuk membuat keputusan berdasarkan "siapa orang yang aku suka" dan bukan tentang fakta sesuatu perkara. Rasional tidak pernah wujud dalam kotak pemikiran kuno mereka. Bagi sesetengah yang berfikiran rasional dan tidak ortodoks, kuno atau jumud, mereka akan dilemparkan dengan pelbagai kata nista dan cercaan, hanya kerana mereka tidak mengikuti "bandwagon mentality". Menjadi sesuatu yang berbeza adalah kepantangan besar dalam kehidupan seorang Melayu.

Selain itu, Melayu cukup senang dan cukup gagah berani apabila diajak bergaduh sama sendiri. Tapi apabila diajak bersatu, pelbagai halangan diwujudkan, pelbagai hukum dikeluarkan, pelbagai bantahan dibuat oleh orang Melayu (?) yang tidak ingin bangsanya bersatu. Tidak pula mereka sedari yang bangsa yang tidak bersatu itu adalah bangsa yang paling rugi, paling gagal dan paling bangsat di muka bumi ini.

Jual Agama untuk Dunia

Menjadi sedar atau tidak, perpecahan Melayu pada ketika ini adalah 'atas nama agama', kononnya. Agama mana yang depa anut sampai suruh berpecah dan bergaduh sama sendiri, saya pun tak tau. Setahu saya, agama Islam adalah agama yang sangat bersifat penyatuan, sesuai dengan prinsipnya yang menyembah Allah yang Esa. Satu Tuhan, satu kiblat, satu bahasa ketika bersolat dan juga satu iktikad seharusnya menjadi pedoman kepada penyatuan umat Melayu - Islam di Malaysia.

Malangnya, ada sesetengah pemimpin yang mengakui mereka mewakili Islam, sewenang-wenang meruntuhkan kesatuan ini, kononnya 'atas nama agama'. Kononnya puak mereka lebih suci, dan lebih mulia dari puak yang satu lagi, kononnya 'atas nama agama', sedangkan agama tidak pernah mengajar mereka melakukan sebegitu. Apa yang pernah difirmankan Allah berkenaan kesombongan kaum Yahudi dalam Al-Qur'an sebagai peringatan kepada umat Islam, kini telah menjadi wabak ke atas umat Islam itu sendiri. Mereka mengaku mereka Islam, tapi hakikatnya perlakuan mereka lebih buruk dari kaum Yahudi yang mereka benci. Sekurang - kurangnya kaum Yahudi bersatu dalam mempertahankan negara, agama dan bangsa mereka dari diusik oleh orang lain, tetapi kita yang Melayu dengan senang hati bersekongkol dengan bangsa asing yang kita pernah label sebagai 'kafir' hanya untuk memuaskan nafsu gila kuasa.

Pemimpin mereka cuba 'justify' sebab perjuangan mereka sehingga terpaksa bersekongkol dengan puak yang mereka label sebagai 'kafir' dahulu, dengan alasan sekiranya kami berkuasa maka Islam akan kami martabatkan. Sesungguhnya inilah pembohongan yang tersangat besar yang dicanangkan di telinga Melayu - Melayu bengap yang tidak mahu berfikir. Sekiranya mereka dengan sebegitu mudah bersubahat dengan kaum yang mereka anggap sebagai musuh selama puluhan tahun, apa pula yang menghalang mereka mengkhianati bangsa Melayu yang mereka tidak pernah anggapkan sebagai bangsa mereka pun, kerana mereka menganggap yang mereka itu Islam. Seolah - oleh mereka membelakangi hikmah dan kebijaksanaan Allah yang menjadikan pelbagai bangsa dan bahasa di muka bumi ini, apabila mereka berkata, "Apa gunanya Melayu, sedangkan saya Islam". Kelompok yang tidak rasional ini sentiasa menjadikan agama sebagai pendinding mereka untuk melakukan kerosakan terhadap bangsa Melayu itu sendiri. Hanya bangsa Melayu yang rasional sahaja tidak akan terpedaya dengan dakyah mereka, dan pastinya yang berfikiran rasional itu akan segera dilabel sebagai "kafir", "murtad", "menolak hukum Allah","ahli neraka" dan pelbagai lagi cercaan nista hanya kerana mereka tidak sependapat.

Amat memalukan sekali apabila agama yang patut menjadi landasan penyatuan, dijadikan pula asbab pergaduhan, perpecahan dan pengkafiran sesama saudara. Ramai yang mengaku menjadi hamba Allah, tapi tidak kurang juga yang berlagak sebagai Tuhan menghukum si polan dan si polan, seolah - olah dialah yang berkuasa menentukan qada' dan qadar makhluk, sedangkan dia sendiri tidak dapat menentukan nasibnya. Ada benarnya juga kata iblis, "SEJAHAT - JAHAT AKU TIDAK PERNAH AKU MENGAKU ATAU BERLAGAK SEBAGAI TUHAN, TETAPI MANUSIA CUKUP BANYAK YANG BERLAGAK SEBAGAI TUHAN, MENGHUKUMKAN ORANG LAIN DENGAN SEMUDAHNYA, SEPERTI MEREKA ITU YANG MENCIPTAKAN, SEDANGKAN MANUSIA ITU JUGA MAKHLUK".

Ketaksuban kepada ulama

Ketaksuban sesetengah umat Melayu Islam terhadap ulama yang berpandangan seperti mereka, atau tergolong dalam kelompok pemikiran mereka turut menyumbang kepada kejatuhan pengaruh dan martabat Islam di Malaysia. Taksubnya mereka sehingga ulama tidak boleh ditegur langsung atas kesilapan yang mereka lakukan, dengan alasan 'Ulama adalah pewaris para nabi'. Tidak ada salahnya meletakkan orang yang berilmu (alim) sebagai pewaris para nabi, kerana nabi adalah orang - orang yang berilmu. Tetapi adalah salah apabila mereka yang digelar 'ulama' ini tidak boleh diperbetulkan, kerana yang ma'sum hanya baginda Rasul. Tidak pula dikatakan yang "ulama pewaris para nabi itu ma'sum". Yang dikatakan hanyalah "ulama pewaris para nabi", which means mereka juga adalah manusia biasa yang terdedah kepada dosa/pahala dan salah/betul. Yang duk bengap sangat pi melenting macam orang gila bila ulama yang hangpa duk taksub tu kena hentam pasepa ? Nabi duk suruh buat lagu tu ka ? Bak mai sini satu ayat Qur'an ka, Al-Hadith ka yang mengatakan bahawa ulama itu tidak boleh ditegoq sapa pun ? Aku cabaq hangpa kemukakan ! Sedangkan Bal'am bin Ba'ura yang merupakan wali kasyaf berdarjat tinggi pun ada melakukan kesalahan, inikan pulak yang baru tarafnya kuali !

Suka memandang tinggi pada bangsa lain, menganggap bangsa sendiri sebagai kegagalan

Sikap ini lah yang menyumbang kepada sikap pandang rendah pada bangsa sendiri, sehingga bangsa sendiri dibangsatkan. Orang Melayu cukup suka memandang tinggi pada bangsa Cina, dengan alasan mereka lebih berjaya. Tetapi, mereka cukup pantas melabel bangsa mereka sebagai failure, tak kira lah atas apa sebab sekalipun. Mereka lupa, yang bangsa yang mereka pandang tinggi tu sebenarnya sangat kurang dari segi moralnya. Buktinya :

1. Siapa yang bawak masuk pelacur dari China, Thailand, Vietnam ? Melayu ada capabilities nak buat macam tu ke ? Hang tunjuk kat aku sorang bapak ayam Melayu yang taraf international.

2. Siapa yang mempelopori penjualan barang tiruan kat Malaysia ? Mai tunjuk aku satu gerai Melayu yang maju meniaga barang tiruan di Petaling Street.

3. Petaling Street sapa punya ? Hang tunjuk satu benda yang represent 'keMelayuan' selain daripada peminta sedekah dan Melayu yang meniaga nasik kat tepi jalan.

4. Sapa duk mampu bawak dadah bertan - tan masuk Malaysia ? Setau aku Melayu pandai isap dadah je, tu pasai Serenti penuh dengan Melayu.

5. Sapa yang paling handal bagi rasuah kat penjawat awam yang umumnya bangsa Melayu ? Habaq mai tengok.

6. Hang tunjuk aku satu kedai Melayu yang dapat sokongan dari bangsa Cina apabila Melayu masuk meniaga dalam kawasan depa. Kalau buleh la.

7. Cuba check tangga gaji antara Melayu dengan Cina dalam sebuah syarikat milikan Cina. Bandingkan pula gaji antara Melayu dengan Cina dalam syarikat milikan Bumiputera. Lepaih tu hangpa pikiaq la.

Lepaih hangpa suma dapat jawapan pada persoalan diatas ni, hang pikiaq sendiri la patut ka dak kita pandang tinggi sangat pada bangsa yang moralnya sangat kurang, sedangkan kita dari kecik terdidik dengan adab dan akhlak.

Disebabkan sikap pandang tinggi pada Cina lah mengakibat sesetengah Melayu memisahkan diri mereka dari bersatu dan memandang jijik terhadap keMelayuan itu tadi. Akhirnya, kekuatan bangsa jadi rapuh dan agama tidak dapat dipertahankan dengan sebaiknya, melainkan dengan jerit pekik dan tangisan semata - mata.

Saya akan sambung lagi dalam bahagian ke-2 nanti.



No comments:

Post a Comment